SYARAT KEMASUKAN PROGRAM FESYEN & PAKAIAN

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

 

YURAN PENGAJIAN 

RM200 Satu Semester 

 

TEMPOH PENGAJIAN 

4 SEMESTER / 2 TAHUN

SINOPSIS PROGRAM

Program ini dibangunkan untuk merangkumi semua bidang utama dalam pengeluaran fesyen dan pakaian, termasuk rekabentuk dan ilustrasi dan pembinaan pakaian.  Kursus-kursus dijalankan di studio seni dan bengkel yang lengkap dengan pelbagai jenis peralatan melukis dan menjahit bagi memberi pendedahan secara penuh kepada pelajar.  Program ini bertumpukan kepada aspek pengetahuan dan kemahiran mengendalikan mesin jahit, teknik menjahit, pemilihan bahan, warna dan tekstur.  Bukan sahaja pengetahuan dan kemahiran teknikal, program ini juga membentuk para pelajar yang holistik dan bersahsiah tinggi melalui kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Bahasa Inggeris, Pengajian Malaysia dan Keusahawanan bagi membolehkan pelajar menceburi bidang tekno-usahawan dalam bidang teknikal.

 

PROSPEK KERJA

Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Sijil Fesyen & Pakaian membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Usahawan Fesyen

Pembantu pereka fesyen

Tukang jahit

Pembantu pereka sulaman pakaian 

Pembuat sampel pakaian

Pembantu pereka aksesori fesyen

Pembantu/pembuat atau pemotong pola pakaian

Pembantu pereka kostum

Pembantu pengurus butik

Pembantu perunding imej