SYARAT KEMASUKAN PROGRAM KULINARI

 

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

 

 

YURAN PENGAJIAN 

RM200 Satu Semester 

 

TEMPOH PENGAJIAN 

4 SEMESTER / 2 TAHUN 

 

SINOPSIS PROGRAM

Program ini di reka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperoleh pengalaman untuk menyediakan dan menghasilkan masakan yang asas dan juga terkini di dalam industri. 


Pelajarakan berkemampuan dalam merancang, melaksanakan dan menguruskan projek yang ditugaskan sepanjang proses pembelajaran berlangsung. Program ini menawarkan modul teras disiplin seperti Thoery of Food, Food Safety and Sanitation, Basic Cookery, Malaysian Cuisine, Basic Butcher, Cold Food Preparation, Bakery and Pastry dan kursus kemahiran lain yang bersesuaian dengan peringkat Sijil.

Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang Kulinari.

 

PROSPEK KERJA

Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Sijil Kulinari membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Chef de Partie

Demi Chef

Commis

Pembantu Penyelia Perkhidmatan Makanan

Pembantu Penyelia Restoran

Pengusaha Makanan

Pelbagai Lagi