SYARAT KEMASUKAN PROGRAM OPERASI PERHOTELAN

  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

 

YURAN PENGAJIAN

RM200 Satu Semester

 

TEMPOH PENGAJIAN 

4 SEMESTER / 2 TAHUN

 

SINOPSIS PROGRAM

Program ini di reka bentuk bertujuan memperkenalkan pelajar kepada keperluan tenaga kerja yang terkini berdasarkan permintaan industri. Pelajar akan memperoleh pengalaman dalam memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada pelanggan hotel. Pelajar juga akan berkemampuan untuk merancang, melaksanakan dan menguruskan projek yang ditugaskan sepanjang proses pembelajaran berlangsung. 

Program ini menawarkan modul teras disiplin seperti Food and Beverage Service, Housekeeping Operation. Front Office Operation, Barista Service, Hotel Recreations dan kursus kemahiran lain yang bersesuaian dengan peringkat Sijil. Pelajar juga akan diajar berkaitan dengan modul wajib yang mana akan membekalkan pelajar dengan kemahiran insaniah dan pembelajaran secara kendiri melalui tugasan dan projek. Lulusan daripada program ini akan bersedia bagi menyahut cabaran dunia sebenar dalam bidang perhotelan.

 

PROSPEK KERJA

Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Sijil Operasi Perhotelan membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Food and Beverage Supervisor

Waiter / waitresses

Bartender

Chambermaid

Laundry Supervisor

Linen Supervisor

Laundry/ Linen Attendant

Public Area Supervisor / Attendant

Hotel Florist

Butler

Reservation Supervisor / Assistant

Bell Captain / Bellman

Front Office Supervisor / Assistant

Night Auditor

Recreation Attendant