Pengenalan EKSA
Amalan 5S telah mula dilaksanakan sejak tahun 80-an lagi dengan mengadaptasi konsep asalnya dari negara Jepun. (Seiri -Sisih, Seiton -Susun, eiso -Sapu, Seiketsu -Seragam & Shitsuke - Sentiasa Amal). Ia merupakan konsep asas amalan EKSA yang telah diamalkan di sektor kerajaan dan swasta untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih selesa, kemas, kondusif dan selamat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal dari segi mengenalpasti, mengurang dan menghapuskan pembaziran sekaligus dapat menjimatkan kos operasi.
Penjenamaan Semula 5S ke Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah mula diperkenalkan sejak tahun 2014 sebagai inisiatif penjenamaan semula Amalan 5S Sektor Awam
(Surat Pekeliling Kemajuan Perkhidmatan Awam Bil 1 Tahun 2014:Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA))
Amalan EKSA mengambil kira keperluan bagi mengetengahkan persekitaran tempat kerja yang kondusif dan berkualiti supaya lebih relevan kepada jabatan/agensi sektor awam di Malaysia. Sehubungan itu, elemen-eleman baharu EKSA adalah:
I) Imej Korporat
II) Persekitaran Kerja Kondusif
III) Kepelbagaian Agensi
IV) Kreativiti dan Inovasi
V) Amalan Hijau (Go Green)