Latihan Industri merupakan satu kursus penting di dalam kurikulum pengajian di Kolej Komuniti Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Secara amnya, tujuan kursus ini adalah untuk mendedahkan pelajar kepada alam pekerjaan sebenar terutamanya dari aspek aplikasi pengetahuan yang dipelajari di kolej, perhubungan kemanusiaan dan etika serta amalan keselamatan di tempat kerja. Pelaksanaan kursus ini memerlukan pelajar ditempatkan di syarikat atau jabatan kerajaan yang bersesuaian bagi tempoh 1 semester (16 minggu) dan pelajar perlu lulus Latihan Industri ini sebelum layak diperakukan untuk penganugerahan Sijil Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.