SYARAT KEMASUKAN PROGRAM PASTRI
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Mendapat SATU(1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna), pendengaran, pertuturan, fizikal atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali

 

YURAN PENGAJIAN 

RM200 Satu Semester 

 

TEMPOH PENGAJIAN 

4 SEMESTER / 2 TAHUN

 

SINOPSIS PROGRAM

Program Pastri adalah salah satu program yang membolehkan pelajar mendapat pengetahuan dan kemahiran bukan sahaja secara teori bahkan juga secara amali dalam bidang Pastri. Dengan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi, ia dapat membantu dan mampu menyediakan pelajar ke alam pekerjaan mahupun melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Program ini dapat melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan:

  1. Kaedah penghasilan kek mengikut kaedah dan teknik yang betul.
  2. Kemahiran menghias kek secara kreatif.
  3. Kemahiran menghasilkan roti, pastri dan showpiece menggunakan teknik dan kaedah yang betul.
  4. Penghasilan variasi dessert yang merangkumi tempatan dan antarabangsa.

 

PROSPEK KERJA

Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Sijil Pastri membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

Bakers’ 

Pastry Cook

Usahawan Pastri

Pastry Assistant

Pengusaha Industri Makanan