SYARAT KEMASUKAN PROGRAM REKABENTUK DALAMAN 
  • Warganegara Malaysia
  • Memiliki SPM atau setaraf
  • Lulus Bahasa Melayu
  • Lulus Sejarah (SPM 2013 dan ke atas)
  • Mendapat SATU (1) kepujian dalam mana-mana matapelajaran
  • Calon tidak mempunyai ketidakupayaan penglihatan (buta, buta warna) , pendengaran, pertuturan, fizikal, atau pembelajaran yang menyukarkan kerja-kerja amali.

YURAN PENGAJIAN 

RM200 Satu Semester

 

TEMPOH PENGAJIAN 

4 SEMESTER / 2 TAHUN

 
SINOPSIS PROGRAM

Sijil Rekabentuk Dalaman diwujudkan bagi melahirkan graduan bidang Rekabentuk Dalaman bagi memenuhi keperluan industri dan menceburi bidang perniagaan. Pelajar Sijil Rekabentuk Dalaman didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang Rekabentuk Dalaman dalam menguasai kemahiran mereka bentuk ruang kediaman, korporat, komersial dan hospitaliti, yang merangkumi perancangan ruang, menghasilkan lukisan, model dan papan persembahan. 

Selain itu, pelajar juga dilengkapkan dengan pengetahuan dan kemahiran menggunakan perisian berkomputer 2D dan 3D, mengenal bahan dan kemasan serta mengira kos projek.

 

PROSPEK KERJA

Pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang Sijil Rekabentuk Dalaman membolehkan pelajar memulakan kerjaya di dalam bidang berikut:

 

Pembantu Pereka Bentuk Dalaman

Pembantu Jururunding Hiasan Dalaman / Consultant

Penyelia Tapak

Model Maker

3D Visualizer

Pelukis Pelan / CAD Drafter

Sales/Retail DesignerPembekal bahan dan kemasan Rekabentuk Dalaman/Supplier