(TS. JASNI BIN MOHD YUSOFF)
Pengarah
Kolej Komuniti Selayang
Kementerian Pendidikan Tinggi

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Syukur ke hadrat illahi dengan limpah kurniaNya, saya berpeluang menerajui sebuah kolej metropolitan. Kolej Komuniti Selayang (KKSY) merupakan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang menyediakan laluan alternatif melalui penawaran Diploma dan Sijil kepada pelajar lepasan menengah. Kursus-kursus pendek juga terbuka kepada semua tanpa mengira batasan umur sebagai hab Pengajian Sepanjang Hayat dalam memberi latihan kemahiran berdasarkan permintaan industri dan keperluan semasa. Kursus yang ditawarkan direkabentuk untuk mengemaskini pengetahuan dan membina kemahiran dalam penggunaan teknologi media baru dan kekal relevan seiring dengan industri yang bergerak ke hadapan.

Hari ini, kami terus menjadi daya penggerak untuk pembelajaran inovatif - menumpu pendidikan dan teknologi - sambil mengekalkan permintaan pasaran dan kemajuan. Di KKSY, kami mengambil pendekatan memanfaatkan sepenuhnya perkongsian pintar dengan pihak berkepentingan dan membawa semua pengalaman ini kepada pelajar kami untuk memastikan pendidikan yang benar-benar global. Para pelajar akan didedahkan kepada trend dan amalan terkini syarikat-syarikat bagi menghasilkan graduan yang holistik, berciri keusahawanan dan seimbang. Mereka juga dapat mempelajari pendekatan praktikal untuk menangani masalah dan situasi yang berlainan melalui penyelidikan berasaskan projek.

Selaian daripada itu, Kolej Komuniti Selayang telah mempelopori pelaksanaan “inclusive education” untuk menyampaikan pendidikan tinggi kepada golongan kurang upaya (OKU) dengan penawaran Sijil Asas Kulinari. Kursus ini adalah terbuka kepada pelajar pekak dan bisu serta masalah pembelajaran sahaja. Mereka mengikuti modul yang di reka khas mengikut kemampuan mereka.

Selaras dengan Visi dan Misi Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kolej Komuniti Selayang merangka proses kerja pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 bagi memastikan penghasilan Graduan TVET yang berdaya saing dan berkualiti.

Akhir kata, saya amat mengalu-alukan semua pengunjung portal untuk memberikan maklumbalas, pandangan serta cadangan untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan yang ditawarkan oleh KKKY. Semoga maklumat yang disalurkan ini dapat membantu kami menuju kearah peneraju TVET yang unggul. Selamat melayari portal rasmi KKSY.
Sekian, terima kasih