AMALAN PENINGKATAN KESELAMATAN
Pengukuhan Keselamatan Perkakasan:
1.Pastikan perisian yang digunakan sentiasa dikemaskini.
2.Pasang perisian antivirus yang tulen dan pastikan sentiasa terkini.
3.Pastikan kata laluan anda mengikut kriteria-kriteria yang ditetapkan dan dilindungi.
4.Jangan buka atau klik pada lampiran atau link yang mencurigakan.
5.Membuat capaian dan laman secara selamat dan elak melayari laman yang tidak dikenali/perlu.
6.Elakkan menggunakan peranti luar (external devices) termasuk USB yang bukan milik anda.
7.Pastikan kata laluan anda dipilih dengan baik dan dilindungi.
8.Tidak memuat turun sebarang perisian atau aplikasi yang tidak diketahui sumbernya.
9.Sentiasa merujuk kepada Dasar Keselamatan ICT (DKICT) atau Polisi Keselamatan Siber (PKS) agensi masing-masing.
10.Pengurusan Kata Laluan Minimum 12 aksara. Sekurang-kurangnya satu (1) huruf besar. Sekurang-kurangnya satu (1) huruf kecil.
Sekurang-kurangnya satu (1) nombor. Sekurang-kurangnya satu (1) simbol selain ‘&’. Tiada space. Tidak menggunakan nama sendiri.