RUMAH SEWA

Kepada ibu bapa atau bakal pelajar yang memerlukan rumah sewa, sila patuhi prosedur berikut:

a. Hubungi Operator Kediaman Pelajar seperti butiran di bawah sebelum
    MENDAFTAR bagi urusan RUMAH SEWA dan berikan maklumat diri iaitu nama pelajar,
    jantina, program dan no telefon.

b. Pelajar perlu menyediakan wang deposit dan sewa rumah yang secukupnya dan
    segala keperluan rumah sewa SEBELUM hari PENDAFTARAN.

c. Pihak Kolej Komuniti hanya membantu menyenaraikan rumah sewa
   manakala urusan lain (sebarang perbincangan dan kemusykilan lanjut) adalah di antara
   ibu bapa/pelajar dan pemilik rumah.

d. Pelajar yang tinggal di rumah sewa perlu mematuhi peraturan yang telah ditetapkan.
    Pihak Kolej sentiasa memantau DISIPLIN dan KESELAMATAN pelajar yang menyewa
   dengan Tuan Kediaman Rumah Sewa seperti di dalam senarai.